Isnin, 16 Januari 2012

Hidupnya Ibarat Papan....T.T

Salam .

Hari tu. sembang dengan senior , lama-lama terkeluar pulak cerita hati dia . ( tak ingat pulop ayat sebijik2 , lebih kurg camni ) . 'Saya kalau boleh nak jadi dentist je, macam takde life je ambik medic ni. Dentist keje sikit je gaji banyak. Medic?,,,' Tiba-tiba dalam hati.. Alhamdulillah Allah bagi peluang aku ambik apa yang aku minat... 

'Eh, takpee..inshaallah.. kerja doktor sangat lah boleh bantu orang.... inshaallah... Allah boleh bantu kita untuk cari kebahagian plak lepas ni...', ayat typikal tu je yang boleh aku bagi kat dia time tu... sori senior , im not a good adviser T.T Tiba-tiba , terkeluar plak pepatah baru 'hidup saya ni kalau orang lain ibarat roda... saya ni ibarat papan, rata je... tak pernah nak up...'

Rasa macam nak gelak jugak dengar perumpamaan hidup dia. Sampai macam tu sekali. ;) lepas tu, dah tak boleh nak serius... Sembang terkeluar topik... Bagus juga, sekurang-kurangnya dia tak teringat sangat benda-benda camtu...I wish you a blast life senior . Semoga senior bahagia dengan pilihan jalan yang Allah dah hadiahkan untuk senior . (Ayat skema)

Untuk aku, setiap yang kita dapat.. mesti ada hikmahnya..mungkin kebahagiaan tu kita belum jumpa... tapi saatnya mesti akan datang jugak... yang penting kita jangan putus asa... 

Hidup pelajar medik memang macam tough sikit, aku tengok kawan-kawan aku.. memang macam susah .. Exam   MEMANG senang sangat. Kadang-kadang hidup akan jadi lebih bermakna bila kita dapat kesusahan sikit.. baru kita lebih appreciate sikit hidup...  Tak kira lah kita ambik medik ke, engineer ke, jaga tol ke, jaga anak kat rumah ke. Semua ada kesusahan dan kesenangan masing-masing ;)


“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)




haha. versi nenek kebayan . next entry nak cakap pasal Muzium Kanak-Kanak , Jordan ^^. 
Salam.








“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

1 ulasan:

  1. assalamualaikum kak. hehe ain singgah sini. ohh kaka ambik medik yea ?

    BalasPadam