Isnin, 16 Januari 2012

Hidupnya Ibarat Papan....T.T

Salam .

Hari tu. sembang dengan senior , lama-lama terkeluar pulak cerita hati dia . ( tak ingat pulop ayat sebijik2 , lebih kurg camni ) . 'Saya kalau boleh nak jadi dentist je, macam takde life je ambik medic ni. Dentist keje sikit je gaji banyak. Medic?,,,' Tiba-tiba dalam hati.. Alhamdulillah Allah bagi peluang aku ambik apa yang aku minat... 

'Eh, takpee..inshaallah.. kerja doktor sangat lah boleh bantu orang.... inshaallah... Allah boleh bantu kita untuk cari kebahagian plak lepas ni...', ayat typikal tu je yang boleh aku bagi kat dia time tu... sori senior , im not a good adviser T.T Tiba-tiba , terkeluar plak pepatah baru 'hidup saya ni kalau orang lain ibarat roda... saya ni ibarat papan, rata je... tak pernah nak up...'

Rasa macam nak gelak jugak dengar perumpamaan hidup dia. Sampai macam tu sekali. ;) lepas tu, dah tak boleh nak serius... Sembang terkeluar topik... Bagus juga, sekurang-kurangnya dia tak teringat sangat benda-benda camtu...I wish you a blast life senior . Semoga senior bahagia dengan pilihan jalan yang Allah dah hadiahkan untuk senior . (Ayat skema)

Untuk aku, setiap yang kita dapat.. mesti ada hikmahnya..mungkin kebahagiaan tu kita belum jumpa... tapi saatnya mesti akan datang jugak... yang penting kita jangan putus asa... 

Hidup pelajar medik memang macam tough sikit, aku tengok kawan-kawan aku.. memang macam susah .. Exam   MEMANG senang sangat. Kadang-kadang hidup akan jadi lebih bermakna bila kita dapat kesusahan sikit.. baru kita lebih appreciate sikit hidup...  Tak kira lah kita ambik medik ke, engineer ke, jaga tol ke, jaga anak kat rumah ke. Semua ada kesusahan dan kesenangan masing-masing ;)


“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)




haha. versi nenek kebayan . next entry nak cakap pasal Muzium Kanak-Kanak , Jordan ^^. 
Salam.








“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

Sabtu, 14 Januari 2012

my journey (~.^)

Salam.


Tajuk bukan menn . 

Masuk hari ni, dah 4 bulan 6 hari ada dekat negara yang buat aku rasa amat bertuah . Bertuah apa nye ? 
Sebab dulu aku nak sangat pergi belajar luar negara . Time tu macam oh nak gi sana lah nak gi sini lah, padahal  ada berapa kerat je pun pilihan negara dia. berangan je lebih...

Lepas tu, dengan interview yang macam hancur sikit. Dengan sebutan yang tak cool lansung , tahap nervous  yang melampau. yang semestinya  buat para juri reject terus. sobsobs. Tapi tulah kan, alhamdulillah... sesungguhnya Allah yang menentukan semuanya kan. ;) dengan izin-Nya. dapat juga ke sini, walaupun before ni lansung tak terfikir nak pegi sini....

Aku ni bukanlah jenis yang alim atau solehah habis... Mula-mula dapat rasa macam...apa ni? biar betul...tak mau la pakai tudung labuh.. teruk kan first impression aku. Tapi lama-lama aku yakin Allah hantar aku ke Jordan ni bukan aku belajar ilmu duniawi je . Ilmu akhirat yang aku memang agak sia-siakan sebelum ni aku kena kutip balik ! inshaallah....

Doakan aku supaya lebih dekat dengan PENCIPTA KITA yang SATU itu ye.. ;)